Total Pageviews

Thursday, August 2, 2012

Memahami seorng wanita :)

Setuju atau tidak pertama wanita ini inginkan diri mereka dihargai? Inginkan kehadiran mereka itu disedari dalam hidup lelaki. Rasanya penghargaan itu bukanlah sebagai balasan untuk apa yang mereka lakukan, tapi lebih kepada sifat sayang itu sendiri. Jiwa wanita yang lembut dan selalu menyerlahkan kasih sayang, berbanding lelaki yang lebih menyerlahkan ego itu membuatkan mereka merasa segala-galanya perlu untuk disayangi. Menghargai rasanya tak perlu dengan kemewahan yang tinggi. Cukup dengan kita sentiasa berada disisi mereka dan buat mereka tahu bahawa kita ini sayangkan mereka. Tak silap aku dengan ucapan “terima kasih” itu pun memberi makna besar terhadap wanita. Lagi-lagi kalau yang cakap tu lelaki yang dia admire, kan ? :) 


Perkara kedua dalam memahami wanita bila mereka berhadapan dengan masalah. Maksudnya,bila si dia berhadapan dengan masalah. Wanita tak sama dengan lelaki dalam menangani masalah. Wanita hanya perlukan tempat untuk dia bercerita ataupun dalam erti kata lain seseorang yang sedia mendengar keluhan hati dia. Dengar luahan wanita ni tak susah seperti yang dijangka sebabnya kita yang lelaki ini tak perlu susah payah fikirkan penyelesaian masalah mereka kerana itu tak diperlukan. Bila mereka meluahkan masalah dan kita memberi lebih banyak penyelesaian tanpa dipinta tu yang keluar ayat “awak tak pernah nak faham saya!”. Betul? Luangkan sedikit masa dengan mendengar apa yang mereka ingin katakan dan jangan pula tidur masa dia tengah bercerita. Itu memang makin perang lah jawabnya. Hahaha.. Dengar dan respon sepatah dua. Kenapa sepatah dua? Sebabnya bila perempuan ni dah buat luahan dia akan terus bercerita dan bercerita dan bercerita sampai dia rasa lega. Jadi lelaki tak payah lah pening-pening.


Dua elemen ini menghargai dan menjadi pendengar yang setia akan membuatkan wanita lebih tenang,lebih tenteram dan lebih sayang mungkin. Tetapi kena pandai cari ruang yang sesuai kerana wanita ada had-had mereka yang sukar dijangka. Cuba untuk menghargai dan mendengar isi hati mereka akan membuatkan kita sebagai lelaki tak rasa yang wanita ini sukar difahami,kompleks dan sebagainya.

No comments:

Post a Comment